Sunday, August 30, 2009

Perkembangan bayiku KINI....


Pada usia kehamilan seminggu iaitu setelah 8 hari selepas
proses persenyawaan berlaku, blastocyst ( kini mengandungi 200 sel)
merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu kedua, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula
berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari
yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut
atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudiam masuk minggu ketiga selepas proses persenyawaan berlaku,
saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci.
Gen janin mula hendak terbentuk dalam benih daripada organ badan
yang bergabung.

Pada minggu keempat berikutnya,janin sudah mula membentuk
struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa
itu embrio sudah mula memanjang kira-kira 1/4 inci. Pada masa ini
sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota
lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta
(urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu kelima. Didapati
terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm,mesoderm dan endoderm.Ectoderm
adalah lapisan paling atas.Ianya akan membentuk sistem saraf pada
janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang,
kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada
dilapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas seperti
jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

p/s : Minggu kelima baru aku tahu yang aku pregnant.

Pada minggu keenam, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound
dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepala
dan badan.Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke tujuh, bentuk bayi semakin jelas
terbentuk.Kepala bayi semakin jelas terbentuk seolah-olah
tertunduk dan berada dalam air ketuban yang akan memberikan
keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Pada usia kandungan minggu kelapan, rupa bayi sudah mulai
terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir mulut
serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah
membran kulit yang nipis.Pada masa ini juga anggota tangan
serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada minggu kesembilan hanyalah sebiji anggur.
Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang
paling menggembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah
bayi kita sudah mulai menggerakkan anggota badannya.
(Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari
kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke 10, bayi sudah kelihatan seperti
manusia yang lengkap.Pada minggu ini, payudara akan
sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan
progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses
pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh
daripada dadanya.Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi
masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki
atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12, iaitu usia kehamilan 3 bulan,
kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda2 fizikal tentang
kehamilan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat
daripada yang lain-lain.Badannya juga semakin membesar
untuk mengejar tumbesaran kepala.Berat bayi juga boleh mencecah
30g.Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh.Pada masi inip puan
mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan
hormon yang berlaku dalam badan.Sebagai contoh rembesan minyak
menyebabkan wajahku berbintik-bintik.Jadi aku perlu banyak meminum
air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya
2-3 kali sehari.

Minggu ke-14, degupan jantung bayi akan semakin kuat dan
kita boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah
2 kali ganda kelajuan jantung kita.Pada masa ini bayi kelihatan
kurus kerana belum terdapat lapisan lemak.Kulitnya juga sangat
nipis sehingga kita kita dapat melihat saluran darahnya.Pada tahap
ini juga biasanya ibu hamil akan mengalalmi masalah sembelit
kerana pergerakan usu cenderung diperlahankan semasa hamil.
Jadi aku kene elak dari memakai pakaian yang ketat atau sendat agar
berada dalam keadaan selesa.

Minggu ke-15, bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan
menghisap jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus
kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi
boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini.Bayi juga sudah
boleh menelan.Garis pinggang kita akan mengembang dan
jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah
mengalir dalam badan meningkat.

Minggu ke -16.Kehamilanku kini sudah hampir 4 bulan.Pada masa
ini badan perlu sentiasa sihat dan bertenaga. Bayi telah terbentuk
sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh
plasenta.Bayi kita mulai menerima nutrien dari plasenta sejak
minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai
tulang yang kuat dan dia sudah boleh mendegar bunyi-bunyian
untuk pertama kali.

Sunday, August 23, 2009

Status : GRADUATED


Result practical aku dh kuar.. Alhamdulillah, walau
x secemerlang dengan cemerlangnya.. tapi aku betul2
puas hati..x sangka pun ade..
at least pointer aku up ckit...
dan dengan sahnya status aku dah tukar as
graduated student..rase hepy dan syukur sangat..
bertahun2 aku bertungkus lumus akhirnya
segalanya berakhir...just waiting for convoction this October..

Opss.. luper. .ade satu lagi belum settle.. aku belum buat clearance
lagi..tadi discuss dengan darling dalam minggu depan kitorang
akan ke uia settlekan semua urusanku...
so.. boleh shopping baju raya kat sana.horey....

Welcome RAMADHAN AL-MUBARAK

Aku bersyukur kerana pada hari ini aku masih dipanjangkan
usia.Aku masih boleh merasa bulan yang penuh dengan
kebaikan ini..RAMADHAN....Semoga peluang ini dapat
memberi aku peluang mendekati PENCIPTAKU....
Setahu aku banyak kelebihan dan kemuliaan yang terdapat
pada bulan ini.. Antaranya, pintu syurga dibuka seluas-luasnya,
pintu neraka ditutup, syaitan dirantai, diampunkan dosa serta
digandakan ganjaran dan macam-macam lagi...

Buat teman-temanku semua, selamat meyambut
kedatangan RAMADHAN AL-MUBARAK... Selamat berpuasa
dan sama-sama kita tambah amalan kita...
Jangan ada yang ponteng puasa dah ler.. huhu...

Thursday, August 13, 2009

Rindukan praktikal...


Dah dekat sebulan aku habis praktikal kat terengganu fm..
tibe2 lak rase rindu sangat nak praktikal balik.. rindukan
kawan2 aku especially cher Nor and Ash yang banyak
tolong dan bantu aku dan luangkan masa sama2..
rindu sangat kat korang..peluang camni x kan datang
lagi dalam hidup aku.. walau ada suka dan duke,
banyak bende yang aku boleh belajar..

Buat Cher Nor,
Rose doakan semoga heppy and ceria selalu.. I like your smile..
Semoga impian Cher Nor dengan si dia menjadi kenyataan..
the important is never ending to struggle.. Percaya pada diri sendiri..
kita nak so kite kene usaha sendiri.. susah dan halangan tu cabaran..
good luck dear....

Buat Ashran,
Rose doakan semoga berbahagia bersama insan2 tersayang..
semoga hubungan korang berkekalan hingga ke alam rumah tangga..
jangan tunggu lama2.. joinla my club..
senyum sokmo and take care friends...

Insyaallah, jika berkesempatan aku akan g sana jumper diorang....
betul2 rindukan suasana itu..
harap diorang masih belum lupekan aku.. tunggu ek...

Tuesday, August 11, 2009

DIET Ala Rasulullah SAW

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan
sehari-hari, kita x boleh asal makan jer.. Inilah penyebab
terjadinya pelbagai penyakit macam kencing manis, lumpuh,
sakit jantung, keracunan makanan dan macam2 lagi.


Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak
pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai
menjaga makanannya sehari-hari. Insyaallah, kalau kite
ikut diet Rasulullah ni, kite takkan menderita sakit perut
ataupun keracunan makanan...
Same2 cube ek..


Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU ( Contoh : KOKTEL)

Selamat membaca dan selamat beramal......

TOKKI Terlantar Sakit.....

Hari ini hampir sebulan tokki terlantar sakit..tanpa mampu
duduk dan berdiri sendiri.. walaupun die hanya ayah angkat
mak aku, tapi kami anggap die macam atuk kami sendiri.. sebab
die yang jaga dan besarkan mama dengan penuh kasih sayang..
sebelum ni, tokki jarang sakit teruk sampai x leh bangun.
demam2 cikit biasela.. tibe2 satu hari, dan hari itu 14 julai 2009,
ade dua orang budak datang ke rumah. kebetulan aku jer yang
ade kat rumah.. budak ni cakap tokki aku kene angin separuh
badan mase pasang atap kat kebun die..dah dekat setengah jam
die tergantung kat atas bumbung.. kalau terjatuh x tahula nak cakap...
aku cepat2 call mama..and segera g sana.. die lumpuh sebelah badan
belah kanan dan sampai hari ni x mampu bergerak.. mujur adik lelaki
aku ade.. tenaga lelaki nak usung die.. kami semua bergilir2 akan
jage die sampai bile2..
YA TUHANKU.. sembuhkanlah tokki dan panjangkanlah usianya...
tokki lahir : 6 january 1921

Me....ARMY...

My photo
Nama diberi lepas lahir Aini Rusmiza..anak ketiga dari 8.. orang kate yer bukan aku yg kater...anak ketiga ni keras kepala ckit..mcm aku ni, boleh tahan jugakla kerasnyer.. dihentak dengan kapak pun x pecah2..yg peliknyer, name jer kpale keras tapi manje n very sensitive person,,x berhenti la darling ku memujuk ku... haha... Kepada BLOG ni, thanks sebab sudi jadi kawan baik aku.. tempat aku melepaskan segala yg aku ade... heheh..lepaskan tuutttt...x la... cam best frend la kite kan? ape... x sudi..lantak ko la.. al-maklumla lpas kawin ni aku x der mase sgat nak jumper member2 nak kongsi pape... so, harap korang sudi bace something tentang aku kt cni...