Sunday, August 30, 2009

Perkembangan bayiku KINI....


Pada usia kehamilan seminggu iaitu setelah 8 hari selepas
proses persenyawaan berlaku, blastocyst ( kini mengandungi 200 sel)
merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu kedua, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula
berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari
yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut
atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudiam masuk minggu ketiga selepas proses persenyawaan berlaku,
saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci.
Gen janin mula hendak terbentuk dalam benih daripada organ badan
yang bergabung.

Pada minggu keempat berikutnya,janin sudah mula membentuk
struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa
itu embrio sudah mula memanjang kira-kira 1/4 inci. Pada masa ini
sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota
lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta
(urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu kelima. Didapati
terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm,mesoderm dan endoderm.Ectoderm
adalah lapisan paling atas.Ianya akan membentuk sistem saraf pada
janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang,
kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada
dilapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas seperti
jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

p/s : Minggu kelima baru aku tahu yang aku pregnant.

Pada minggu keenam, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound
dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepala
dan badan.Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke tujuh, bentuk bayi semakin jelas
terbentuk.Kepala bayi semakin jelas terbentuk seolah-olah
tertunduk dan berada dalam air ketuban yang akan memberikan
keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Pada usia kandungan minggu kelapan, rupa bayi sudah mulai
terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir mulut
serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah
membran kulit yang nipis.Pada masa ini juga anggota tangan
serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada minggu kesembilan hanyalah sebiji anggur.
Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang
paling menggembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah
bayi kita sudah mulai menggerakkan anggota badannya.
(Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari
kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke 10, bayi sudah kelihatan seperti
manusia yang lengkap.Pada minggu ini, payudara akan
sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan
progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses
pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh
daripada dadanya.Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi
masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki
atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12, iaitu usia kehamilan 3 bulan,
kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda2 fizikal tentang
kehamilan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat
daripada yang lain-lain.Badannya juga semakin membesar
untuk mengejar tumbesaran kepala.Berat bayi juga boleh mencecah
30g.Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh.Pada masi inip puan
mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan
hormon yang berlaku dalam badan.Sebagai contoh rembesan minyak
menyebabkan wajahku berbintik-bintik.Jadi aku perlu banyak meminum
air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya
2-3 kali sehari.

Minggu ke-14, degupan jantung bayi akan semakin kuat dan
kita boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah
2 kali ganda kelajuan jantung kita.Pada masa ini bayi kelihatan
kurus kerana belum terdapat lapisan lemak.Kulitnya juga sangat
nipis sehingga kita kita dapat melihat saluran darahnya.Pada tahap
ini juga biasanya ibu hamil akan mengalalmi masalah sembelit
kerana pergerakan usu cenderung diperlahankan semasa hamil.
Jadi aku kene elak dari memakai pakaian yang ketat atau sendat agar
berada dalam keadaan selesa.

Minggu ke-15, bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan
menghisap jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus
kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi
boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini.Bayi juga sudah
boleh menelan.Garis pinggang kita akan mengembang dan
jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah
mengalir dalam badan meningkat.

Minggu ke -16.Kehamilanku kini sudah hampir 4 bulan.Pada masa
ini badan perlu sentiasa sihat dan bertenaga. Bayi telah terbentuk
sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh
plasenta.Bayi kita mulai menerima nutrien dari plasenta sejak
minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai
tulang yang kuat dan dia sudah boleh mendegar bunyi-bunyian
untuk pertama kali.

2 comments:

ayamor said...
This comment has been removed by the author.
ayamor said...

hey, k.ejek..
sht x? d muntah2 x?
pe2 pn tek a gud k uf urself n ur baby ya..
t ble da scan baby gtau lin ek k.ejek dpt baby pe..
unty lin ni excited sgt nk dpt anak buah yg sorg ni..

Me....ARMY...

My photo
Nama diberi lepas lahir Aini Rusmiza..anak ketiga dari 8.. orang kate yer bukan aku yg kater...anak ketiga ni keras kepala ckit..mcm aku ni, boleh tahan jugakla kerasnyer.. dihentak dengan kapak pun x pecah2..yg peliknyer, name jer kpale keras tapi manje n very sensitive person,,x berhenti la darling ku memujuk ku... haha... Kepada BLOG ni, thanks sebab sudi jadi kawan baik aku.. tempat aku melepaskan segala yg aku ade... heheh..lepaskan tuutttt...x la... cam best frend la kite kan? ape... x sudi..lantak ko la.. al-maklumla lpas kawin ni aku x der mase sgat nak jumper member2 nak kongsi pape... so, harap korang sudi bace something tentang aku kt cni...